Menu

Ikrar Kesetiaan Kepada Pasukan

PULAPOL KUCHING, 3 JULAI 2012 -  Dewan Merdeka Pulapol Kuching menjadi saksi kepada berlangsungnya majlis perasmian latihan asas konstabel skuad 1/2012 yang dirasmikan oleh YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching.

Seramai 950 pelatih konstabel skuad 1/2012  kini sedang giat menjalani latihan asas konstabel mulai 16 Jun 2012 dan dijadualkan tamat pada 15 Disember 2012.

Dalam majlis tersebut, YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching telah menyampaikan amanat dan memberi kata-kata peransang bagi membangkitkan semangat juang para pelatih untuk meneruskan legasi Sang Saka Biru. 

Justeru itu, setiap pegawai dan jurulatih yang dilantik telah dipertanggungjawabkan untuk mentranformasikan para pelatih ini menjadi seorang pegawai polis yang berhemah, berintegriti, cekap dan efisien.

Bagi mencapai tujuan tersebut, beliau menyeru supaya setiap pelatih untuk mempertingkatkan kecergasan fizikal dan kemantapan mental bagi menghadapi sebarang cabaran semasa latihan.

Sebagai tanda ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan dan negara, upacara angkat sumpah jawatan dan lafaz ikrar taat setia dilaungkan selain menandatangani  borang akujanji , borang akta rahsia rasmi dan borang akuan tidak menyalahguna dadah.

Sebelum meninggalkan majlis, YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching juga berkesempatan untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan para pelatih.


SM Baris melapor kehadiran pelatih.


Para pelatih mengaminkan bacaan doa.


YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching menyampaikan ucapan.



Menandatangani dokumen.



Bacaan ikrar taat setia.


Barisan kepimpinan PULAPOL Kuching.


YDH ACP Burhanuddin Bin Abdul Majid, Komandan Pulapol Kuching beramah mesra bersama para pelatih.

Waratawan & Jurufoto : IPK Sarawak.
Penyunting : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS