Menu

KE ARAH MASYARAKAT DAN NEGARA LEBIH AMAN….

KE ARAH MASYARAKAT DAN NEGARA LEBIH AMAN….
oleh : Sjn Zaiddin Dahalan dan Kpl Mohd Shareel Shahriman

SEPANG, 5 April - "Makmal Pencegahan Jenayah yang akan berlangsung selama dua hari ini merupakan satu manifestasi yang bertepatan dengan hasrat dan fokus tumpuan PDRM serta Kerajaan terhadap usaha-usaha pencegahan jenayah"

"Program ini adalah terjana daripada Mesyuarat Exco MCPF yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri pada 13 Januari 2014 yang lalu", ucap YDH IGP Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Perasmian Makmal Pencegahan Jenayah di Avani Sepang, Gold Coast Resort petang tadi.

"Harapan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ialah untuk melihat satu program yang mampu menghasilkan satu impak yang tinggi, sekali gus memberi manfaat yang terbaik kepada masyarakat dan Negara” tambah beliau lagi.

Pogram Makmal Pencegahan Jenayah ini adalah hasil kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM (JPPJ) yang dihadiri oleh semua Ahli Exco MCPF serta pakar-pakar yang dapat memberi sumbangan idea ke arah usaha pencegahan jenayah yang terbaik dan berkesan, sesuai dengan norma dan persekitaran serta acuan masyarakat Malaysia masa kini.

Antara objektif utama makmal ini termasuklah membincangkan dan mengkaji tentang perlakuan jenayah, menyusun strategi di dalam pencegahan jenayah, mengurangkan rasa trauma atau kegusaran orang ramai terhadap jenayah dan merumuskan kaedah atau usaha berkesan yang perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan.

Dari segi pelaksanaan pula, makmal ini akan dibahagikan kepada empat kumpulan bagi membincangkan tajuk-tajuk yang amat signifikan dan berkait rapat dengan isu-isu pencegahan jenayah seperti bagaimana mengatasi jenayah kekerasan/terancang dengan lebih berkesan, keganasan terhadap wanita dan penderaan kanak-kanak, pemulihan terhadap pesalah dan penjenayah berulang dan kecelaruan sosial.

Untuk itu, sesi taklimat berkaitan perkara-perkara tersebut telah disampaikan oleh lima orang panel bertauliah dan berkemahiran iaitu Y.Bhg Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara, YDH CP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah JPPJ PDRM, YDH DCP Dato' Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, JSJ PDRM, Y.Bhg Prof Dr. Rahimah binti Abdul Aziz, Pensyarah Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, UKM dan Encik Chua Choon Hua ,Timbalan Setiausaha (Bahagian Dasar Pembangunan Masyarakat) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh PDRM dalam usaha pencegahan jenayah ini termasuklah penubuhan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), melancarkan Operasi Cantas Khas dan juga penubuhan pasukan elit seperti STAFOC dan STING.

Selain itu, PDRM juga sangat komited dengan pelbagai kempen dan aktiviti yang berunsurkan pencegahan jenayah dan turut meningkatkan lagi 'capaian' atau 'outreach' kepada masyarakat melalui media sosial seperti Facebook, Portal Rasmi PDRM serta Twitter.

"Program mencegah jenayah tidak akan memberi impak seperti yang diharapkan tanpa kerjasama dan penglibatan bersama dari masyarakat, agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi swasta dan NGO", akhiri ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Hadir di majlis ini ialah Y.Bhg Dato’ Alwi bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan),Kementerian Dalam Negeri, YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Jaafar, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ahli Exco Ex-Officio dan Ahli-ahli Exco MCPF.



Ketibaan YDH Ketua Polis Negara di Avani Sepang Gold Coast Resort


Ucapan Perasmian Makmal Pencegahan Jenayah oleh YDH Ketua Polis Negara













Antara Ahli Exco Ex-Officio dan Ahli-ahli Exco MCPF yang hadir...


Pembentangan taklimat bertajuk 'Trend Jenayah Kekerasan/Terancang Masa Kini' oleh YDH DCP Dato’ Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, JSJ PDRM


Pembentangan taklimat bertajuk 'Keganasan Terhadap Wanita dan Penderaan Kanak-Kanak' oleh Encik Chua Choon Hua.


Pembentangan taklimat bertajuk 'Permulihan Terhadap Pesalah dan Penjenayah Berulang' oleh Y.Bhg Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara


Pembentangan taklimat bertajuk 'Kecelaruan Sosial' oleh Y.Bhg Prof Dr. Rahimah binti Abdul Aziz


Pembentangan taklimat bertajuk 'Tindakan Pencegahan Jenayah serta Inisiatif yang diambil oleh pihak PDRM dalam pencegahan jenayah' oleh YDH CP Dato’ Wira Ayub bin Haji Yaakob, Pengarah JPPJ PDRM


Mendengar pembentangan taklimat...

Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS