Sepang, 21 Mei - ''Penugasan kita di sana (Timor Leste) telah mendapat
penghargaan atas komitmen anggota kita dalam menjalankan misi keamanan
dan telah mendapat kepercayaan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) untuk meneruskan beberapa siri misi selama ini,'' jelas YDH Dato'
Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA dalam ucapannya sempena
Majlis Sending Off MAL-FPU (UNMIT) Briged Tenggara PGA/UNPOL PDRM ke
Timor Leste di Balai Pelepasan/ Ketibaan Domestik A1, KLIA, hari ini.
Lanjutan
itu, petugas-petugas yang yang akan berkhidmat di sana disarankan agar
terus mengekalkan tradisi dan amalan integriti yang dipraktikkan oleh
PDRM sejak dahulu lagi.
Kualiti
seperti ini juga haruslah diperkasakan dengan penyaduran elemen 4P
seperti yang diilhamkan oleh YDH Ketua Polis Negara selama ini.
''Nilai-nilai
murni juga harus dititikberatkan sepanjang keberadaan anda di sana,
berkhidmatlah dengan penuh kejujuran dan professional serta jangan lupa
asal-usul anda" tambahnya.
"Jangan
sekali-sekali mencemarkan imej negara, utamakan disiplin dan
keselamatan anda sepanjang penugasan anda di sana" akhiri beliau.
Turut
hadir pada hari ini, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim,
Timbalan Pengarah KDN/KA (PGA, Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan
LTAB), Leftenan Kol. (Dr) Mohd Farid bin Alias dari Angkatan Tentera
Malaysia, YDH SAC Dato’ Azizan bin Abu Taat, Komander Briged Tenggara
PGA dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Anggota MAL - FPU (UNMIT) Briged Tenggara PGA /UNPOL PDRM memasuki balai pelepasan/Ketibaan Domestik A1.

Ketibaan YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA.

Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Lafaz ikrar.

Lafaz ikarar.

YDH Dato' Wira Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA menyampaikan ucapan.

Tekun mendengar amanat yang disampaikan.

Sesi bergambar kenangan.

YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid beramah-mesra bersama anggota dan pegawai yang terlibat.
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang.
Jurufoto : L/Kpl Helmi bin Saadin & Konst. Muhammad iqtar bin Azmi.