Menu

Keluarga Lapan Wira Negara Terima Tabung Wira Lahad Datu

Keluarga Lapan Wira Negara Terima Tabung Wira Lahad Datu

Oleh : L/Kpl Edwind Indo

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Satu Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Wira Lahad Datu di Bilik Taklimat, Tingkat Dua, Bangunan Parlimen, pagi tadi.

Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Antara yang hadir ialah YAB Tun Hanif Omar, Bekas Ketua Polis Negara, Y.Bhg Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Doris Sophia Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Y.Bhg Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Media Prima Berhad, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan menteri, YB Ahli-Ahli Dewan Negara dan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.


Ketibaan Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di Bilik Taklimat, Tingkat Dua, Bangunan Parlimen


Turut hadir Tan Sri Musa bin Haji Hassan, bekas Ketua Polis Negara




Antara yang hadir


Ucapan aluan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara


Y.Bhg Dato' Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia mewakili warga Parlimen Malaysia menyampaikan sumbangan kepada Y.Bhg Datuk Johan Jaaffar


YB Senator Datuk Najeeb Abdullah mewakili Majlis Senator Malaysia menyampaikan sumbangan kepada Y.Bhg Datuk Johan Jaaffar


Y.Bhg Datuk Salaman Selamat mewakili Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyampaikan sumbangan kepada Y.Bhg Datuk Johan Jaaffar


Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi menyampaikan sumbangan daripada kutipan sekolah kepada Y.Bhg Datuk Johan Jaaffar


Edar tabung kutipan untuk sumbangan persendirian


Sumbangan persendirian oleh Y.Bhg Tan Sri Yap Yong Siong kepada keluarga lapan wira negara korban tragedi di Lahad Datu diwakili oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara


Sumbangan Peribadi oleh YAB Tun Hanif Omar, Bekas Ketua Polis Negara sebanyak RM50,000.00 kepada keluarga lapan wira negara korban tragedi di Lahad Datu
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS