SHAH ALAM, 3 JULAI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai Konvensyen ICC dan QE/5S yang berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2013 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Konvensyen anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini merupakan platform terbaik bagi organisasi awam dan swasta untuk mempersembahkan projek-projek kreatif dan inovatif bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dan Kategori Projek Team Excellence (ICC). Majlis penyampaian anugerah dan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC. Kumpulan dari Pusat Pendaftar Pasukan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Cawangan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur masing-masing telah berjaya mendapat Anugerah Emas dalam kategori QE/5S dari 21 kumpulan yang bertanding. Bagi kategori ICC pula, PDRM yang diwakili oleh Kumpulan Bunga Api dari Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik Bukit Aman telah berjaya meraih Anugerah Emas dan Kumpulan Target dari Briged Utara, PGA Ulu Kinta telah mendapat Anugerah Perak dari 81 kumpulan yang bertanding. Sekitar persembahan daripada para peserta... Kategori ICC: Kumpulan Target - Anugerah Perak.. Kategori ICC: Kumpulan Bunga Api - Anugerah Emas.. Kategori QE: PDRM Kontinjen Kuala Lumpur - Anugerah Emas.. Kategori QE: Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman - Anugerah Emas.. Kategori QE: Jabatan Pengurusan Bukit Aman - Anugerah Emas..
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016