"... Mengambil
kira kepada kemajuan teknologi komunikasi dan negara tidak lagi
terpisah dari batasan sempadan, maka PDRM perlu mengubah budaya kepada
tanda aras transformasi. Penjenayah telah menukar modus operandi melalui
pendekatan informasi teknologi yang tinggi, maka warga PDRM juga perlu
mencegah, mengesan dan menangkap penjenayah melalui kolaborasi 'man, machine and science'…" - Ketua Polis Negara
Bukit Aman, 12 April -
Seiring laungan transformasi kerajaan, diperhalusi dengan penyerapan
elemen 4P, 3C dan sebagainya telah menjadi penggerak dalam
memperkembangkan sayap PDRM ke seantero dunia sebagai satu agensi
penguatkuasaan undang-undang yang disegani.
Ironi
dengan pencapaian ini, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini telah menyempurnakan
Upacara Perasmian Bangunan Menara 1 Bukit Aman - 'menara bongsu' yang
turut merupakan mercu tanda baharu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Dalam
ucapan Ketua Polis Negara hari ini, beliau menjelaskan manifestasi
keberhasilan pembangunan ini juga melalui penambahan struktur fizikal
seperti bangunan Menara 1 di samping perasmian Pusat Saringan Kesihatan
Bukit Aman dan Taska PDRM Bukit Aman.
Ini
juga turut membalas sorotan ungkapan YAB Perdana Menteri pada 2 April
lalu, "Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang
moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia dan kita impikan sebuah
negara di mana persekitarannya sejahtera daripada jenayah."
"Pemesatan
pembangunan terus dipacu kerajaan daripada bangunan kayu Bluff Road
Hill Police Station, kemudiannya beralih ke bangunan empat tingkat-
sekarang dikenali sebagai Kompleks Tiga seterusnya ditambah dengan
bangunan baru Menara Dua yang pada suatu masa dahulu merupakan mercu
tanda struktur tertinggi di Kuala Lumpur dan kini, Menara Satu Bukit
Aman.
Turut
hadir menyerikan majlis pada hari ini, YAB Datin Sri Rosmah binti
Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin
bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama isteri, YB Dato' Sri Liow
Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji
Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri, YB Dato' Lee Chee
Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri bersama isteri, Y.Bhg Jeneral Tan
Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera bersama
isteri, Y.Bhg Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian
Dalam Negeri bersama isteri, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bn Abdullah,
Pengarah Jabatan Logistik merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
Majlis Perasmian Menara 1, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan
Pengarah, Ketua-ketua dan Pesuruhjaya Polis, Pegawai-pegawai Kanan PDRM
serta wakil-wakil media.

Panji-Panji Utama PDRM diarak masuk

Ketibaan YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Ketibaan YB Datuk Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia

Ketibaan YB Tan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Ketibaan Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera

Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Ketibaan YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri

Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

YAB Perdana Menteri Malaysia membalas tabik Hormat Perdana kepada Kawalan Kehormatan

Turut
hadir YAB Datin Sri Rosmah binti Mansor, isteri YAB Perdana Menteri
Malaysia dan Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md.
Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia

Pemeriksaan baris oleh YAB Perdana Menteri Malaysia



Antara yang hadir

Bacaan doa oleh Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud

Ucapan daripada YDH Ketua Polis Negara

Ucapan Perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
Sekitar persembahan gimik









YDH Ketua Polis Negara menyampaikan Cenderahati kepada YAB Perdana Menteri Malaysia

Y.Bhg
Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia
menyampaikan Cenderahati kepada YAB Datin Sri Rosmah binti Mansor


Antara penerima Cek bantuan Bayaran Saguhati Khas Bekas Polis Zaman Darurat

Upacara memotong reben perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia




Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke aras 31, Pejabat Ketua Polis Negara

Menandatangani Buku Pelawat Pejabat Ketua Polis Negara


Lawatan ke Aras 2, Pusat Media PDRM

Menandatangani Buku Pelawat Pusat Media PDRM

Melawat ruangan pameran PDRM

Bergambar Kenangan di Loby Menara 1 Bukit Aman
Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : SM Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Sjn Zaiddin bin Dahalan
L/Kpl Edwind Indo
L/Kpl Aslam Khir Khan bin Fairuz Khan
L/Kpl Helmi bin Saadin