Putrajaya - 10 Mei 2012
Sebagai
tanda yakin dan percaya akan kecekapan, ketelusan serta
profesionalisme beberapa agensi kerajaan dalam melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan dalam menjaga keselamatan dan
ketenteraman awam, pagi ini telah berlangsung penyerahan Sijil
Penghargaan daripada Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa di bawah
Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) sempena Program Seminar Keamanan
Untuk Negara : "Suara Mahasiswa 1Malaysia".

Sijil Penghargaan daripada Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA)
Kumpulan
Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) merupakan kumpulan yang berdaftar secara
sah di bawah 18 universiti seluruh negara. Dengan kerjasama Ibupejabat
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) serta Kementerian Penerangan Komunikasi
dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan satu program Seminar Keamanan
Untuk Negara : "Suara Mahasiswa 1Malaysia" bertempat Auditorium Jabatan
Perkhidmatan Awam, Putrajaya.
Seminar
Keamanan Untuk Negara : "Suara Mahasiswa 1Malaysia" bertujuan bagi
memberikan penerangan berkaitan ancaman keselamatan negara serta
mendapatkan maklum balas dari golongan muda terhadap perkembangan
terkini berhubung isu-isu semasa negara. Seminar ini juga merupakan
platform terbaik untuk diterjemahkan oleh majoriti mahasiswa seluruh
Malaysia yang sentiasa menyokong dan mengharapkan kerajaan sedia ada
agar terus mentadbir serta membina negara Malaysia yang harmoni lagi
berdaulat.
Selain
Polis Diraja Malaysia, turut menerima sijil penghargaan adalah
Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merupakan agensi
yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan.

Hadir menerima sijil
penghargaan adalah YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Lobi Utama
Bangunan Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR), Kompleks Jabatan
Perkhidmatan Awam, Putrajaya.
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo