Menu

Penganugerahkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis

Penganugerahkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis
oleh : Sub Insp Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah

Istana Negara - 22 Oktober 2013. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, berkenan menganugerahkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada seramai 279 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM bagi sesi 1/2013). Istiadat berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur, sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 Tahun 2013.


Mendahului senarai, penerima Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) dianugerahkan kepada YDH CP Dato' Wira Ayub Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ).

Manakala penerima anugerah PGPP secara Kehormat, dianugerahkan kepada Pol. Gen Drs.Timur Prodopo, Pol. Let.Gen. Pisit Pisuthsak dan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato’ Paduka Haji Hasrin Dato’ Paduka Haji Sabtu.

Seramai 30 pegawai dikurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP).Di antaranya YDH SAC Dato' Isa Munir, YDH SAC Hassanuddin Hassan, ACP Awang Besar Dullah dan ACP Ramli Mohamed Yoosuf.

Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (PPP) dianugerahkan kepada 52 pegawai, antara penerimanya adalah Supt. Hj. Ibrahim Hj. Abu Bakar, Supt. Zahari Mohd Yusoff, DSP Hasnan Karim, DSP Mak Pak Chuai, ASP Lee Yeng Wan dan ASP Ting Sing Lai.

Kesatria Pasukan Polis (KPP) dianugerahkan kepada 13 pegawai, antara penerimanya Insp Amarthalingam Doraisamy, Insp Sheila Govinda Nair, Insp Mazlan Mohd Noor dan Insp Noor Sita Kholin.

Manakala seramai 174 anggota menerima Bentara Pasukan Polis (BPP), antaranya S/Insp Ajin Bunchol, S/Insp Ng Swee Min, S/Insp Ahmad Murad Mohd Yatim, S/Insp Mohamad Tahir Ismail, SM Ragunanthan Rajoo, SM Betong @ Jineh Joe, SM Baharin Muharram, Sjn Likup Bayang, Sjn Haslizam Ahmat, Sjn Norehan Zamri, Kpl Peter Gatey dan L/Kpl Sabrom Husin.

Seramai 6 orang menerima Pingat Keberanian Polis (PKP), iaitu Sjn R. Subramaniam Rajagopal, Sjn Abu Bakar Wagio, Sjn Jaafar Long, Sjn Nor Azlan Abu Bakar, Allahyarham Sjn Zal-Azri Abd Somad dan L/Kpl. Amat Daud Ibrahim.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenan mencemar duli berangkat ke istiadat yang bersejarah itu.


Antara yang hadir di Istana Negara







YDH CP Dato' Wira Ayub Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dianugerahkan Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)


Penerima anugerah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)












Antara penerima-penerima anugerah...


Bergambar kenangan...


Berangkat untuk majlis Santapan Diraja...





Santapan Diraja, selesai majlis penganugerahan..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS