Cheras,
16 Mei 2012 - "Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai awam yang
berkhidmat di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, kerana telah
memberikan kerjasama dan komitmen berterusan yang padu dan jitu,
sehingga jentera pentadbiran PDRM berjalan dengan lancar dan sempurna"
ucapan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, sempena
Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Bersama Ketua Polis Negara di Dewan Sultan
Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
PDRM sentiasa menghargai
peranan pegawai awam yang membantu tugas pentadbiran kepolisan, sekali
gus menjayakan visi dan misi Pasukan. PDRM sendiri sedang mengambil
langkah untuk meningkatkan kemampuan pekerja seperti memastikan mereka
lebih celik tadbir serta memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat
(IT). Kita juga memperkasakan modal insan dan bekerjasama rapat dengan
CEUPACS.
Kesatuan
Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung
Malaysia atau singkatannya PACSU, merupakan sebuah pertubuhan yang
memperjuangkan hak-hak dan kepentingan serta tuntutan gaji dan elaun
pegawai awam yang bertugas dalam pasukan PDRM. Pada masa yang sama,
kesatuan ini turut membantu menyelesaikan masalah, kebajikan, serta
kefahaman terhadap arahan dan peraturan termasuk menyerapkan budaya
polis ke dalam diri setiap peringkat pegawai awam di Jabatan Polis
Diraja Malaysia.
Pegawai
awam adalah penggerak utama dalam menjamin imej pentadbiran kepolisan.
Pegawai awam adalah aset penting kepada PDRM. Oleh yang demikian, setiap
Pegawai awam mestilah menganggap bahawa berkhidmat ...dalam
PDRM adalah satu keistimewaan. Melalui CEUPACS, semua Kesatuan Sekerja
sektor awam digalakkan menyertai badan ini tanpa mengira jawatan atau
gred perkhidmatan mereka. CEUPACS kemudiannya didaftarkan di bawah
Enakmen Kesatuan Sekerja pada 23 Oktober 1957, selepas beberapa bulan
negara mencapai kemerdekaan. Pada hari ini, terdapat empat ratus ribu
ahli CEUPACS, dan seramai 6,541 merupakan ahli PACSU. Begitulah sejarah
ringkas kesatuan yang bernaung di bawahnya.
“Peranan Pegawai Awam dalam merealisasikan visi dan misi PDRM” merupakan
tema yang dipilih untuk majlis perhimpunan bagi tahun ini. Moto ini
amatlah bersesuaian dengan hasrat PDRM untuk melahirkan tenaga kerja
yang cemerlang dari segi kebolehan, kemahiran dan sikap untuk menghadapi
dunia tanpa sempadan yang semakin mencabar. Justeru, ini adalah selaras
dengan tema Peringatan Hari Polis ke-205 iaitu “Komuniti Sejahtera Komitmen Kami”.
Turut
hadir, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis
Negara, YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas
Khas (Operasi / Counter Terrorism) merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Penganjur Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM Tahun 2012, YDH Dato'-dato'
Pengarah PDRM, Yang Berbahagia Dato’ Haji Omar bin Osman, Presiden
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),
Yang Berbahagia Encik Abd. Rahim bin Jantan, Presiden Kesatuan
Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung
Malaysia (PACSU), wakil-wakil pegawai awam dan wakil-wakil media.

Ketibaan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat.

Y. Bhg. Dato' Omar bin Osman, Presiden CUEPACS menandatangani Buku Pelawat.

Y. Bhg. En. Abd. Rahim bin Jantan, Presiden PACSU menandatangani Buku Pelawat.

Barisan Kepimpinan.

Baaan Ikrar Perkhidmatan Awam.

Ucapan Presiden PACSU.

Ucapan Presiden CUEPACS.

Ucapan YDH Ketua Polis Negara.

Antara Penerima Surat Penghargaan.




Sesi bergambar.

Sesi bergambar.







Wartawan & Jurugambar : KPL Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor