Bukit Aman, 11 Mac - "Saya
berharap Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) akan dapat merancang dan
menganjurkan aktiviti-aktiviti yang lebih produktif dan bermanfaat
terutamanya dalam meningkatkan budaya positif di kalangan anak-anak
remaja kita supaya tidak terlibat dengan gejala sosial, pelanggaran
budaya masyarakat dan undang-undang negara," ujar Dato' Seri Mohamad
Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, hari ini.
Beliau
yang juga merupakan penaung dan penasihat PERKEP Jabatan Pengurusan
berkata, PERKEP ditubuhkan dengan objektif untuk mewujudkan keharmonian
sebuah rumah tangga, membimbing pengurusan ekonomi dan kesihatan serta
mengeratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan ahli keluarga di dalam
pasukan Polis Diraja Malaysia.
Berucap
sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKEP Jabatan Pengurusan
Ke-25 di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini, beliau berharap PERKEP
Jabatan Pengurusan bukan sahaja setanding malah mampu duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan PERKEP jabatan-jabatan lain serta menjadi
contoh kepada persatuan-persatuan kebajikan yang ada di Malaysia.
Dalam
pada itu, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Azizah Bt
Hamdi berkata, sebagai pengerusi baru di PERKEP Jabatan Pengurusan ini,
beliau bersama-sama kepimpinan PERKEP baharu ini akan berusaha untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti yang bercorak kekeluargaan merangkumi
program pemantapan keluarga yang akrab, harmoni dan berdaya saing
bersesuaian dengan tuntutan semasa demi mewujudkan institusi
kekeluargaan yang bahagia.
Mesyuarat
Agung PERKEP Jabatan Pengurusan Ke-25 ini merupakan mesyuarat pertama
yang diterajui oleh beliau bagi menggantikan Prof. Madya Datin Wira Dr.
Fatimah binti Moosa yang kini menjawat jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan
Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).
Turut
hadir pada hari ini, DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan), Datin Zawiyah binti Abu Hassan, Naib
Pengerusi I PERKEP Jabatan Pengurusan, DCP Dato' Asri bin Yusoff,
Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Datin Bedah
binti Dollah, Pengerusi Biro Sains Rumah tangga, Pegawai-pegawai kanan
PDRM serta barisan ahli-ahli jawatankuasa PERKEP Jabatan Pengurusan bagi
sesi 2012/2013.

antara gerai-gerai jualan yang dibuka

antara gerai-gerai jualan yang dibuka..

sesi pendaftaran...

Ketibaan Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman

Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PERKEP

Dato'
Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman dan
Datin Seri Azizah Bt Hamdi, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan...

Bacaan doa oleh Ustaz Nor Mohd Faizal bin Ismail, dari Bahagian agama Dan Kaunseling Bukit Aman..

Ucapan pembukaan daripada Datin Seri Azizah Bt Hamdi, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan...
Ucapan perasmian daripada Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman...

sesi penyampaian cenderahati kenangan PERKEP Jabatan Pengurusan kepada Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan..

sesi penyerahan cenderahati daripada Pengarah Jabatan Pengurusan kepada Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan...
Sesi penyampaian cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP Pengurusan Sesi 2012/2013..

Sesi penyampaian cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP Pengurusan Sesi 2012/2013..

Sesi penyampaian cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP Pengurusan Sesi 2012/2013..

Sesi penyampaian cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP Pengurusan Sesi 2012/2013..

Cenderahati kenangan kepada Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun daripada Datin Seri Azizah binti Hamdi...

Sesi bergambar kenangan...

Sekitar mesyuarat...

Sekitar mesyuarat...

Sekitar mesyuarat...