| Polis Wanita Terus Relevan Kepada PDRM Dan Masyarakat oleh: Cawangan Khas Bukit Aman
Penyunting: Sjn Zaiddin bin Dahalan Kuala
Lumpur - 9 Oktober 2012. Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan
Polis Wanita (JPPPW) mengikut PTKPN A 137 dibaca bersama dengan arahan
pentadbiran Bil. 2/2011 Garis Panduan Pembangunan Polis Wanita dalam KPN
144 yang mula dikuatkuasa pada bulan 21 Jan 2011 memberi ruang untuk
Pegawai/Anggota Polis Wanita dalam pasukan meneruskan aktiviti-aktiviti
yang boleh menafaatkan wanita dalam meningkatkan kerjaya dan keluarga.
Melalui
jawatankuasa tersebut, aktiviti-aktiviti yang meliputi
tingkahlaku/disiplin, pembangunan kerjaya, pembangunan sahsiah,
kebajikan pegawai/anggota serta keluarga dan kelengkapan polis wanita
dari "head to toe" dapat dijalankan dan direliasasikan dengan sokongan, dorongan dan galakan dari pemimpin-pemimpin tertinggi PDRM. Sehubungan
itu, JPPPW Jabatan Cawangan Khas telah menganjurkan Majlis Sepetang
Bersama YDH CP Datuk Seri Akhil bin Bulat, Pengarah Cawangan Khas pada 9
Okt 2012 jam 2 petang, bertempat di Ballroom Matahari 1, Tingkat 5,
Hotel Cititel, Midvalley, Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuan untuk
berkongsi pengalaman YDH Datuk Seri Akhil bin Bulat berhubung peranan
dan tanggungjawab sebagai Pegawai/Anggota Polis Wanita selain dapat
mengeratkan hubungan silaturahim. Usaha
YDH SAC Hjh Siti Rohana bt Ahmad, Penasihat JPPPW Jabatan Cawangan Khas
untuk merangka perjumpaan bersejarah ini telah dapat dihadiri seramai
87 Pegawai Kanan dan 48 Pegawai Pangkat Rendah dan Konstabel sebagai
salah satu aktiviti Pegawai/Anggota Polis Wanita Cawangan Khas untuk
tahun 2012.
Dalam ucapannya, beliau turut menyeru kepada semua Pegawai/Anggota Polis Wanita meningkatkan
usaha dalam perkhidmatan kepolisan dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat di mana jua peringkat agar imej pasukan khasnya Jabatan
Cawangan Khas kekal relevan. Beliau
juga berharap supaya peranan Pegawai/Anggota Polis Wanita diletak
setara sebagai rakan kerja dengan semua pihak, tidak hanya sebagai
penyokong dan akan terus unggul, berwibawa serta berkhidmat
dengan penuh tanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas dan tegas dalam
memberikan perkhidmatan demi keamanan, keselamatan dan kesejahteraan
negara kita yang tercinta. YDH
CP Datuk Seri Akhil bin Bulat dalam amanatnya menyatakan bahawa
Pegawai/Anggota Polis Wanita juga berpeluang untuk memegang jawatan
tinggi sekiranya individu itu seorang yang versatile.
Peranan wanita dalam pasukan polis diakui penting namun beliau
mengingatkan bahawa tanggungjawab terhadap keluarga adalah lebih besar
dan dihargai.
Beliau
berharap supaya semua Pegawai/Anggota Polis Wanita dapat memberi
komitmen yang adil terhadap kerjaya dan keluarga. InsyaAllah dengan
kekuatan fizikal dan mental serta sokongan dan dorongan suami, semua
Pegawai/Anggota Polis Wanita dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dalam pasukan dengan sepenuh hati. Sehingga kini, seramai 524 orang pegawai dan anggota polis wanita berkhidmat di dalam Cawangan Khas seluruh kontinjen. 
Ketibaan YDH CP Datuk Seri Akhil bin Bulat, Pengarah Cawangan Khas ... 
Turut
hadir, YDH DCP Dato' Abdul Hamid bin Bador, Timbalan Pengarah I
Cawangan Khas, YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah II, YDH
DCP Dato' zamri bin yahya, Timbalan Pengarah E1, YDH SAC Dato' Yong Lei
Choo, Ketua Pen. pengarah bahagian Ancaman Ekstermis dan YDH SAC Hjh Siti Rohana bt Ahmad, Pen. Pengarah E7. 
Amanat oleh YDH Pengarah Cawangan Khas. 
Bergambar kenangan.... 
Bergambar kenangan bersama Pegawai dan Anggota Polis Wanita Cawangan Khas. |