Menu

Sukan Pereratkan Jabatan-Jabatan KDN

8 Julai 2012, Kajang - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini telah menganjurkan Karnival Sukan Keluarga 1KDN 2012 antara jabatan-jabatan dalam Kementerian Dalam Negeri.

Acara sukan tersebut telah berlangsung di Kompleks Sukan Penjara Kajang, Selangor Darul Ehsan yang telah melibatkan beberapa Kontinjen dan Agensi di dalam KDN seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Imigresen Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Percetakan Nasional Berhad (PNB).

Sebanyak 14 acara sukan telah dipertandingkan iaitu Sukan Badminton, Bola Sepak, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Menembak, Pingpong, Bowling, Dart, Karom, Congkak, Batu Seremban, Tarik Tali dan juga pertandingan Perbarisan Terbaik.

Acara sukan tersebut telah bermula pada 7 Julai 2012 dan telah berakhir pada hari ini dengan kemenangan Johan Keseluruhan Karnival Keluarga 1KDN 2012 telah berpihak kepada Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sememangnya penganjuran program sebegini dapat memberikan impak yang positif, seterusnya mempereratkan kolaborasi diantara jabatan-jabatan dibawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ini dapat dilihat melalui kualiti berpasukan yang dipamerkan disamping nilai bertukar - tukar buah fikiran dan kerjasama dalam mencapai objektif pertandingan dan seterusnya di dalam senario pekerjaan di antara jabatan - jabatan ini.

Keputusan pertandingan :-
1. Pertandingan Bowling (Wanita)            - Johan Jabatan Penjara Malaysia 
                                                         - Tempat ketiga Kontinjen Polis Diraja Malaysia

2. Pertandingan Bowling (Lelaki)               - Johan Jabatan Penjara Malaysia 
                                                           - Tempat kedua Kontinjen Polis Diraja Malaysia

3. Pertandingan Bola Jaring                      - Johan Kontinjen Polis Diraja Malaysia

4. Pertandingan Futsal Wanita                   - Johan Kontinjen Polis Diraja Malaysia

5. Pertandingan Futsal Lelaki                     - Johan Jabatan Imigresan Malaysia
                                                            - Tempat ketiga Kontinjen Polis Diraja Malaysia

6. Pertandingan Bola Tampar                     - Johan Kontinjen Polis Diraja Malaysia

7. Pertandingan Karom                             - Johan Jabatan Imigresan Malaysia

8. Pertandingan Dart                                - Johan Jabatan Penjara Malaysia
                                                            - Tempat kedua Kontinjen Polis Diraja Malaysia

9. Pertandingan Batu Seremban                  - Johan Jabatan Pendaftaran Negara

10. Pertandingan Congkak                         - Johan Jabatan Penjara Malaysia

11. Pertandingan Badminton                       - Johan Kontinjen Polis Diraja Malaysia

12. Pertandingan Pingpong                          - Johan Kontinjen Polis Diraja Malaysia

13. Pertandingan Bola Sepak                        - Johan Jabatan Penjara Malaysia

14. Pertandingan Tarik Tali                          - Johan Kontinjen Polis Diraja Malaysia

15. Pertandingan Menembak Centre Fire Sport Pistol (Wanita)           - Johan Jabatan Imigresan Malaysia
                                                                                               - Tempat kedua Kontinjen Polis Diraja Malaysia

16. Pertandingan Menembak Jatuh Piring Besi (Wanita)      - Johan Kementerian Dalam  Negeri                       
                                                                                 - Tempat kedua Kontinjen Polis Diraja Malaysia

17. Pertandingan Menembak Centre Fire Sport Pistol (Lelaki)                - Johan Kontinjen Polis Diraja Malaysia

18. Pertandingan Menembak Jatuh Piring Besi (Lelaki)                         - Johan Jabatan Imigresan Malaysia
                                                                                                  - Tempat kedua Kontinjen Polis Diraja Malaysia

19. Pertandingan Perbarisan Terbaik                                                 - Jabatan Penjara Malaysia

20. Johan Keseluruhan                                                                    - Kontinjen Polis Diraja Malaysia


Majlis penutupan Karnival Keluarga 1KDN 2012 telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Utama Turus 3 Kementerian Dalam Negeri.




Kontinjen Agensi Anti Dadah Kebangsaan


Kontinjen Permodalan Nasional Malaysia


Kontinjen Jabatan Pendaftaran Pertubuhan


Kontinjen Pasukan Sukarelawan Malaysia


Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia


Kontinjen Kementerian Dalam Negeri


Kontinjen Polis Diraja Malaysia


Kontinjen Jabatan Imigresen Malaysia


Kontinjen Jabatan Pertahanan Awam


Kontinjen Jabatan Pendaftaran Negara


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Sekitar acara menembak


Antara penonton yang hadir


Antara penonton yang hadir


Sekitar perlawanan bola sepak


Sekitar perlawanan bola sepak


Antara tetamu kehormat


YDH Dato’ Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Utama Turus 3 Kementerian Dalam Negeri ketika menyampaikan ucapan


Bergambar kenangan


Bergambar kenangan


Bergambar kenangan


Bergambar kenangan


Bergambar kenangan


Bergambar kenangan


Bergambar kenangan


Bergambar kenangan


Sekitar acara tarik tali


Sekitar acara tarik tali



Penyerahan bendera kejohanan


Antara rakan media

Wartawan: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin dan Konst Iqbal
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS