Menu

Tuanku Alhaj Abdul Halim Anugerah Pingat Kepada 201 Pegawai Dan Anggota PDRM

Kuala Lumpur - 21 Jun 2012 

Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Siri 2/2012, telah berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. Seramai 201 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima Darjah dan Pingat daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Istiadat penganugerahan itu diadakan bersempena Peringatan Hari Polis Ke-205 Tahun 2012. Sebelum ini Istiadat penganugerahan Siri 1/2012, telah diadakan pada 19 Jun 2012.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, turut mencemar duli berangkat ke istiadat yang bersejarah itu.

Istiadat didahului dengan pengurniaan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), penerima ialah YDH CP Dato' Wira Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan dikuti oleh YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM.

Seramai 24 orang pegawai kanan dianugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP). Di antara penerimanya terdiri YDH DCP Dato' Tajudin Md. Isa, YDH SAC Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay, YDH SAC Zul Aznam Haron, ACP Khasnah Abd Kahar, ACP Gan Choon Hong, ACP Francis Beh Kok Kiang dan ACP Zanuddian Hj. Samsu Hadi.

Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), dianugerahkan kepada seramai 36 pegawai, antaranya Supt. Wan Mohd Samsudin Wan Osman, Supt Chin Hak Ying, Supt Razali Ibrahim, Supt Kasuahdi Haji Ali, Supt. M. Chandrasehkaran, DSP Aminah Amin, ASP Douglas Nyeging Taong, ASP Puziyah Aaron dan ASP Hammizamri Abdullah.

Manakala Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP), dianugerahkan kepada seramai 9 pegawai iaitu Insp. Zainal Mohyah, Insp. Rosle Desa, Insp. Sharifah Mohamad Zin, Insp. Haji Abd Ghani Sahman, Insp. Ahmad Nazri Mohd Adnan, Insp. Rahmah Atan, Insp. Er Sheau Jia, Insp. Rosmadi Ruslan dan Insp. Hajah Rohana Abd. Majid.

Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP) dianugerahkan kepada 130 anggota pangkat rendah. Antaranya S/Insp. Sazali Sarjuni, S/Insp. Ahmad Hamdan, S/Insp. Nor Azman Hassan, Sjn Mejar Ayub Shafie, Sjn. Mejar Faridah Ismail, Sjn. Mejar Rosmin Abd Manan, Sjn. Mejar Anuar Hamdan Haji Ibrahim, Sjn. Mejar K.Nandakumal, Sjn. Mejar Rufus Ikau, Sjn. Mohamad Azlan Mohamad Noor, Sjn. Cham Bee Wan, Sjn. Mehad Salleh, Sjn. Fatimah Ali, Koperal Zuraidah Talip dan Koperal Abd Latib Hasan.

Diakhir istiadat Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, meluangkan masa bersalam-salaman dengan para penerima anugerah sambil mengucapkan tahniah dan syabas di atas penganugerahan tersebut.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu YB Dato' Wira Abu Seman Yusop dan YB Dato' Lee Chee Leong.

Gambar sekitar Penganugerah Pingat



































Wartawan/Jurufoto : S/I Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/Kpl Edwind Indo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS