| Johor
Bahru - Pasukan Gerakan Marin (PGM) berjaya menahan seramai 41 orang
pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam sebuah bot pancung ,
kira-kira 1.3 batu nautika dari Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi
pada 28 Ogos 2009 yang lalu.
Bot
tersebut dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh empat anggota PGM yang
sedang membuat rondaan Ops Octupus dengan sebuah bot laju di perairan
tersebut.
Komander
PGM Wilayah Dua, ACP Mohd. Khamsani Abd Rahman dalam kenyataannya
berkata, bot pancung tersebut cuba melarikan diri sehingga memaksa
anggota PGM mengejar sebelum berjaya di pintas 20 minit kemudian.
Pemeriksaan mendapati semua 28 lelaki dan 13 wanita serta seorang tekong
dan dua pembantu bot yang juga warga negara tersebut tiada memiliki
dokumen perjalanan yang sah. |