JENAYAH DALAM KONTEKS ISLAM
Cheras, 9
Jun - "Perlu ditegaskan, Islam bukanlah penyelesai kepada masalah
semata-mata bahkan Islam itu adalah kesejahteraan, keamanan, kesentosaan
dan kehidupan di mana menjadikan syariat sebagai pegangan kehidupan
akan memastikan manusia seluruhnya berada di dalam kesentosaan," ulas
Ustaz Khir Johari bin Abas, dalam ceramahnya sempena Program Wacana
Pencegahan Jenayah Daripada Perspektif Islam di Masjid Al-Ikhwaniah,
Taman Cheras Utama, Cheras, Sabtu lalu.
Sebelum
itu beliau memetik kenyataan tokoh Islam terkemuka, Al-Ghazali yang
berbunyi; 'Matlamat syarak terhadap manusia ialah lima iaitu penjagaan
agama, diri, akal, keturunan dan harta’ di mana ia merumuskan
pensyariatan tertumpu kepada penjagaan agama, diri, akal, keturunan dan
harta dan pencabulan ke atas kelima-lima elemen ini adalah bermaksud
jenayah.
Menurutnya
lagi, secara asasnya jenayah bolehlah dibahagikan kepada jenayah tanpa
mangsa (victimless crime) dan jenayah dengan mangsa di mana
undang-undang yang dicipta bersabit dengan jenayah tanpa mangsa ini
seringkali mencetuskan kontroversi seperti perjudian, pelacuran,
penyalahgunaan dadah, minum arak dan hubungan terlarang sebaliknya,
undang-undang terhadap keganasan, rompakan, pembunuhan dan sebagainya
pula mendapat sokongan daripada masyarakat.
“Pada
pandangan Al-Imam Al-Shatibi, Allah mencipta syariat dengan tujuan
untuk merealisasikan objektifnya untuk manusia seperti kepentingan asas
(Al-Dharuriyyat) yang bermaksud apa yang penting bagi tujuan kebaikan
agama dan hidup di dunia, keperluan biasa (Al-Hajiyat) yang merupakan
keperluan bagi menghapus kerosakan hidup dan untuk memberi kemudahan
kepadanya serta keperluan mewah (Al-Tahsiniyat) iaitu keperluan sekadar
untuk tujuan keselesaan seperti adat, akhlak dan etika,”
“Berasaskan
kepada prinsip induktif (Istiqra’) juga, lima kepentingan asas iaitu
menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal juga dititikberatkan
dalam semua agama” ujarnya.
Dari sudut keadaan jenayah, ia perlu
melihat sebelum jenayah berlaku dan jenayah telah berlaku di mana
syariat Islam menjaga kepentingan asas kehidupan melalui dua cara iaitu
secara positif – menentukan hukum yang boleh melahir dan menjaga
kewujudannya seperti menjaga agama diwujudkan akidah, ibadat, ijtihad
dan sebagainya serta secara negatif- menghalang berlaku apa-apa yang
boleh menghapus, merosak atau mengganggu kepentingan itu.
Sekitar
ceramah berlangsung: turut hadir, YDH Timbalan Pengarah Pengurusan
(Agama dan Kaunseling) PDRM Bukit Aman, Dato’ Dr. Hj. Ab. Rahman Bin Hj.
Ismail
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Khir Johari bin Abas..
antara yang hadir menyaksikan ceramah...
antara yang hadir menyaksikan ceramah...
antara yang hadir menyaksikan ceramah...
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Khir Johari bin Abas..
YDH
Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) PDRM Bukit Aman,
Dato' Dr. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Ismail menyampaikan cenderahati kepada
penceramah dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi Jawatankuasa Masjid
Al-Ikhwaniah..
YDH
Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) PDRM Bukit Aman,
Dato’ Dr. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Ismail menyampaikan cenderahati kepada
penceramah dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi Jawatankuasa Masjid
Al-Ikhwaniah..
YDH
Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) PDRM Bukit Aman,
Dato’ Dr. Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Ismail menyampaikan cenderahati kepada
penceramah dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi Jawatankuasa Masjid
Al-Ikhwaniah..
Sesi bergambar kenangan...