Menu

KONTINJEN SARAWAK DAN SELANGOR UNGGULI KEJOHANAN TILAWAH AL-QURAN KEBANGSAAN PERINGKAT PDRM

Bukit Aman, 12 Jun – Nordin Putet dari Kontinjen Sarawak dan Hajah Sahrom Othman dari Kontinjen Selangor dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia 1435H/2014M, pagi tadi.

Tilawah Al-Quran tersebut berlangsung selama 2 hari bermula semalam dan bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran pada hari ini telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM tahun ini.

“Objektif utama majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM ini diadakan adalah untuk meninggikan syiar Islam dan mendaulatkan Al-Quran sebagai panduan utama umat Islam seluruhnya dan juga bertujuan untuk menyuburkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran di kalangan umat Islam khususnya warga PDRM,” kata YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi di dalam ucapannya.

Bagi Naib Johan dan tempat ketiga disandang oleh Insp. Mohamad Sahran Dato’ Hj Termizi dari Kontinjen Kedah dan Koperal Razlee @Roslee Asmat dari Kontinjen Johor bagi kategori Qari manakala Qariah pula, Rohaya Hajar dari kontinjen Perak dan Zainab Muet dari kontinjen Kuala Lumpur masing-masing di tempat kedua dan ketiga.



Ketibaan YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun.


Antara yang hadir.


Bacaan Doa.


Antara yang hadir.


Bacaan Doa


Ucapan oleh YDH Dato’ Seri Mohamad Fuzi.


Bacaan ayat-ayat suci oleh Johan Qari.


Bacaan ayat-ayat suci oleh Johan Qariah.


Penyampaian hadiah kepada Johan Qari.


Penyampaian hadiah kepada Johan Qariah.


Gambar kenangan.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS