PDRM UNGGULI KEJOHANAN PERAHU NAGA
Berita : Sjn Zaiddin Dahalan, Kpl Mohd Shareel Shahriman
Putrajaya,
1 Jun - Polis Diraja Malaysia telah mengibarkan Sang Saka Biru apabila
menjadi Johan dalam dua acara di Kejohanan Antarabangsa Perahu Naga 1
Malaysia dan Kejohanan Bekas Pesakit Barah 2014 yang telah berlangsung
pada 30 Mei hingga 1 Jun di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.
Kedua-dua
acara tersebut ialah acara Perahu Naga Terbuka 12 Pendayung 500 meter
dan acara Perahu Naga 12 Pendayung Campuran 500 meter (Malaysia Premier
Mixed and Open) dan tempat Ketiga dalam acara Perahu Naga Terbuka 12
Pendayung 500 meter dan acara Perahu Naga 12 Pendayung Campuran 500
meter (International Premier Mixed and Open).
Bertemakan
'1 Negara 2 Bandar, Ribuan Peserta Antarabangsa Dalam Perlumbaan
Terbaik Dunia', kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Dragon Boat
Malaysia dan Persatuan Dragon Boat Putrajaya.
Pasukan
kayak dan perahu panjang Polis Diraja Malaysia atau lebih dikenali
ramai dengan 'Dragon Boat Team PDRM' telah ditubuhkan pada tahun 2008
dan berpusat di Pangkalan Pasukan Polis Marin Putrajaya di bawah Penaung
Sukan Air Polis Diraja Malaysia, Komander Pasukan Polis Marin PDRM.
"Dragon Boat Team PDRM telah
mempamerkan peningkatan cemerlang samada diperingkat kejohanan tempatan
mahupun di kejohanan luar negara dan kini, pasukan ini adalah antara
pasukan yang digeruni dalam pertandingan Dragon Boat Race", ucap
Inspektor Khalid bin Mohamed Ali, Pengurus Pasukan Perahu Naga PDRM.
Hasil
kesungguhan, kecekalan dan semangat juang yang tinggi, 'Dragon Boat
Team PDRM' telah memperlihatkan pencapaian yang amat cemerlang sejak
tahun 2012.
Antara
kejayaan yang di capai oleh 'Dragon Boat Team PDRM' ialah 2 pingat emas
di Kejohanan Sukan Air Hari Wilayah 2012 (acara perahu panjang terbuka
12 pendayung lelaki dan wanita 500 meter), 2 pingat emas dan 1 perak di
Temasya Sukan Air 2012 Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ( acara
perahu panjang badan beruniform 22 pendayung lelaki dan tertutup 1000
meter dan acara perahu panjang juara antara juara 22 pendayung lelaki
1000 meter).
Di
kejohanan Karnival Sukan Air Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012,
'Dragon Boat Team PDRM' telah merangkul 2 pingat emas bagi acara perahu
panjang 12 pendayung lelaki dan wanita 500 meter, I pingat emas
Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Melaka 2012 ( acara perahu panjang
12 pendayung lelaki 300 meter), 2 pingat emas Penang Internasional
Dragon Boat Festival ( acara campuran 22 pendayung 500 meter dan 200
meter), 1 pingat emas, The Boat Race For Royal Throphy Narathiwat (acara
perahu panjang 12 pendayung lelaki 300 meter), 2 pingat emas , Head Of
Putrajaya (acara perahu panjang 22 pendayung lelaki dan campuran 5000
meter) dan 1 pingat emas dan 1 perak di kejohanan First Celebes
Internasional Dagon Boat Makassar Indonesia (acara terbuka 12 pendayung
campuran 500 meter dan mewakili Malaysia 22 pendayung lelaki 500 meter).
Bagi
tahun 2013, 'Dragon Boat Team PDRM' telah merangkul 2 pingat emas di
Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya (acara perahu panjang terbuka 10
pendayung lelaki dan campuran 500 meter), 1 pingat emas di Festival
Jemputan Antarabangsa Sungai Melaka (acara perahu panjang terbuka 10
pendayung lelaki 250 meter), 2 pingat perak di Karnival Sukan Air
‘Monsoon Cup Malaysia (acara perahu panjang terbuka 20 pendayung lelaki
250 meter dan acara ombak ‘challenge’ berpasukan 100 meter) dan 1 pingat
perak The Boat Race For Royal Throphy Narathiwat (acara perahu panjang
10 pendayung lelaki 250 meter).


Pasukan 'Dragon Boat Team PDRM'












'Dragon Boat PDRM'....






Aksi-aksi perlumbaan..