| KLANG,
22 Jun 2010 -- Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui satu pusat
menyimpan diesel subsidi sebelum bahan itu diagihkan kepada pemborong
atau diseludup ke luar negara Isnin malam.
Pegawai
Pemerintah Batalion Kelima PGA, Supt Md Rusli Mat Junus berkata dalam
serbuan pada 9.30 itu di belakang sebuah rumah kedai tiga tingkat di
Jalan Kem, Pandamaran, sebuah lori tangki didapati sedang melakukan
pemindahan minyak diesel dari stor itu.
Polis
menahan dua orang pekerja stor itu dan pemandu lori berkenaan yang
kesemuanya warga tempatan berumur dalam lingkungan 30an, katanya kepada
pemberita di Balai Polis Pandamaran di sini Selasa.
Ketiga-tiga
mereka gagal menunjukkan surat atau dokumen mengenai pemilikan atau
kebenaran menyimpan minyak diesel bersubsidi itu.
Turut
dirampas ialah lori tangki berkenaan dengan muatan 13,000 liter diesel,
hos memindahkan minyak diesel itu dan sebuah pam untuk menyedut bahan
bakar berkenaan.
"Siasatan
awal mendapati minyak diesel itu diperoleh daripada pemandu-pemandu
lori tangki minyak diesel yang singgah di stor itu selepas melakukan
penghantaran ke stesen-stesen minyak," kata Md Rusli. |