| 
GENG
ABOY - 3 BERADIK ANTARA YANG DITAHAN : Dengan mengintip kenderaan yang
menjadi sasaran, membawa lari dan meleraikan komponennya sebelum dijual
kepada pelanggan dengan harga yang murah secara atas talian, tujuh ahli
sindiket termasuk seorang wanita akhirnya ditahan pihak polis di Seri
Kembangan dan Jenjarom, Kuala Langat, Isnin lalu.
Sebelum
itu, hasil laporan mangsa telah membawa kepada penahanan seorang lelaki
dan pihak polis berjaya menjejaki 6 yang lain. Suspek berusia antara 16
dan 31 tahun.
Selain
empat jenis kenderaan yang pernah dilaporkan hilang, polis turut
menemui pelbagai peralatan untuk mencuri kenderaan, dadah jenis syabu,
sehelai jaket pantulan cahaya tertera perkataan polis, dua komputer
riba, blok enjin, plat nombor kenderaan palsu dan komponen alat ganti
kereta dileraikan di rumah suspek. |