| 
POLIS SELESAI KES BUNUH KURANG 24 JAM
Tempoh
kurang 24 jam. Itulah masa yang diperlukan polis untuk menyelesaikan
kes bunuh dengan tertangkapnya 2 orang suspek, masing-masing berumur 16
tahun dan 23 tahun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP
Hamdan Majid mengucapkan terima kasih kepada penduduk tempatan yang
telah menyalurkan maklumat untuk membantu pihak polis menangkap
kedua-dua suspek di Temerloh, Pahang.
Kelmarin,
seorang wanita, 20 tahun meninggal dunia, sementara ibunya, 39 tahun
mengalami cedera parah dalam serangan di sebuah “Cybercafé” di Simpang
Durian, Jelebu. |