| GOMBAK
– Sekumpulan empat penjenayah bergelar Geng Azlan mempunyai cita rasa
pelik apabila memilih ladang kelapa sawit untuk meleraikan lori yang
dicuri sebelum kenderaan itu dijual kepada peladang-peladang dengan
harga murah sejak awal tahun ini. Lori
kurang satu tan berharga RM80,000 itu akan dijual kepada peladang di
sekitar Teluk Intan, Perak dengan harga di antara RM3,000 dan RM6,000
selepas mengikis nombor casis, menukar alat ganti dan nombor pendaftaran
di dalam semak. Mereka
hanya mengambil masa kurang dari tiga minit untuk mencuri sesebuah lori
di tepi jalan dengan menggunakan seutas wayar dan playar. Kerja-kerja
mengubah suai diselesaikan dalam tempoh sehari. Difahamkan,
setiap lori yang dicuri akan dikumpulkan di dalam ladang berkenaan di
kawasan Tanjung Karang, Selangor dan Selekoh, Perak sebelum alat
gantinya ditukar antara satu sama lain.  |