| Ampang
- 24 Ogos 2010. Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Ampang diketuai
oleh C/Insp Norazman bin Zakaria telah membuat pemantauan penjualan
bunga api di bazar - bazar ramadan sekitar Ampang berhubung perlanggaran
syarat oleh pemilik lesen bunga api yang dikeluarkan dengan menjual
mercun-mercun yang dilarang.
Lebih
kurang jam 7 petang, pasukan ini telah mengesan seorang pemilik lesen
bunga api di bazar ramadan, Pasar Muhibbah Taman Nirwana yang telah
menjual mercun terlarang yang mana telah menjejaskan perjanjian syarat
terhadap permit yang dikeluarkan.
Tangkapan
telah dibuat keatas seorang peniaga lelaki melayu dan merampas kesemua
mercun seperti mercun katak, dan mercun meriam yang mengeluarkan bunyi
yang sangat kuat. Peniaga tersebut telah ditahan untuk siasatan dibawah
Seksyen 8 , Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara
sehingga 7 tahun atau denda sehingga RM 10,000 atau kedua-duanya sekali. 
Sidang Media oleh ACP Abdul Jalil Hasan, Ketua Polis Daerah Ampang |