Menu

Konvensyen ICC Dan QE Wilayah Tengah 2013

SHAH ALAM, 3 JULAI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai Konvensyen ICC dan QE/5S yang berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2013 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Konvensyen anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ini merupakan platform terbaik bagi organisasi awam dan swasta untuk mempersembahkan projek-projek kreatif dan inivatif bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dan Kategori Projek Team Excellence (ICC).

Majlis penyampaian anugerah dan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC.

Kumpulan dari Pusat Pendaftar Pasukan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Bahagian Bantuan Teknik (D6) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Cawangan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur masing-masing telah berjaya mendapat Anugerah Emas dalam kategori QE/5S dari 21 kumpulan yang bertanding.

Bagi kategori ICC pula, PDRM yang diwakili oleh Kumpulan Bunga Api dari Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik Bukit Aman telah berjaya meraih Anugerah Emas dan Kumpulan Target dari Briged Utara PGA Ulu Kinta telah mendapat Anugerah Perak dari 81 kumpulan yang menang.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS