Menu

Makmal Forensik PDRM Tepati Standard Global

Semenjak penubuhannya, Makmal Forensik PDRM yang terletak di Cheras, Selangor banyak membantu menganalisis barang-barang kes yang dihantar pegawai penyiasat jenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinnin berkata, kesedaran terhadap kepentingan penyiasatan sains forensik membantu memastikan kadar pertuduhan meningkat menyebabkan penerimaan kes dan barang kes menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Beberapa kejayaan yang dicapai oleh Makmal Forensik PDRM sentiasa mendapat sanjungan dan dilihat sebagai pemangkin dalam memastikan kes yang disiasat mampu dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: Akhbar Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS