| Operasi Cantas Khas (Total Enforcement) atau singkatannya Op Cantas Khas dilancarkan pada 17 Ogos 2013. Operasi
Cantas Khas yang bermula di Lembah Klang, kini dilaksanakan di seluruh
Semenanjung Malaysia. la diterajui dua elemen utama JSJ, iaitu Bahagian
Siasatan Khas (D9) dan Bahagian Pencegahan dan Tahanan (D7). Operasi
turut dibantu oleh sumber manusia dari keseluruhan bahagian di bawah JSJ
serta pihak kontinjen, khususnya anggota lbu Pejabat Polis Daerah (IPD)
di mana operasi itu dilaksanakan. Bagi
memastikan operasi mendapat impak yang maksimurn, pegawai dan anggota
yang mengambil bahagian dalam operasi dilengkapkan dengan peralatan
tempur yang bersesuaian termasuklah senjata, jaket kalis peluru dan topi
besi. la bukan saja untuk menjaga keselamatan mereka semasa menjalankan
pemeriksaan tetapi juga akan menggerunkan penjenayah dan mampu
mengelakkan mereka daripada bertindak balas semasa diperiksa pasukan
berkenaan. Sepanjang
operasi ini, beberapa sekatan jalan raya (SJR) turut dilakukan di
lokasi dikenal pasti mempunyai kadar jenayah tinggi. Pemeriksaan rapi
terhadap pemandu kenderaan serta penumpang dilakukan bagi mengesan
penjenayah dan mereka yang dikehendaki. Di
samping itu, pemeriksaan teiiti juga dibuat merangkumi seluruh bahagian
kenderaan bagi mengesan kewujudan senjata api atau senjata yang
dijadualkan seperti pedang, parang, pisau atau besi tajam yang selalunya
diguna untuk melakukan jenayah samun termasuklah peralatan pecah rumah.
Kejayaan
PDRM menumpas lima penjenayah dalam kejadian berbalas tembak di Sungai
Nibong, Pulau Pinang pada 19 Ogos 2013 membuktikan bahawa PDRM serius
dalam menangani kes jenayah membabitkan penggunaan senjata api. Kejayaan ini tidak akan berhasil tanpa maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan.  Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro |