JADIKAN RUMAH IBADAT TEMPAT MENGEDAR DADAH
Polis
Selangor berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah
selepas menahan 4 lelaki di kawasan parkir dalam Kuil Sri Subramaniar
Swamy, Batu Caves, Gombak, Selangor. Polis telah menemu
i
satu beg plastik hitam di mana dadah disembunyikan di dalam bonet
kereta. Hasil soal-siasat telah membawa ke sebuah pangsapuri di Gombak
yang mana pihak polis berjaya memberkas 2 lelaki yang dipercayai
terlibat dalam sindiket tersebut bersama-sama dadah disyaki Heroin dan
Ketamin.
YDH Dato' Ketua Polis Selangor menunjukkan Dadah yang dirampas. 
YDH Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ACP Nordin b. Kadir menunjukkan sebahagian Dadah yang dirampas kepada Media.

Semasa Sidang Media.

Bersama Dadah yang dirampas.

Antara Media yang hadir.