Menu

Undang-Undang Baru Ganti EO Terbaik Tangani Jenayah

Polis menyifatkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan Ordinan Daru-rat (EO) adalah yang terbaik dan mampu menangani masalah jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata sehubungan itu, beliau meminta semua pihak termasuk mereka yang sering memperkecilkan kemampuan polis supaya menyokong penuh undang-undang yang akan dibentangkan itu.

Katanya, akta yang menggantikan EO nanti akan diperhalusi dengan mempamerkan alternatif terbaik untuk menangani masalah jenayah dan keganasan di negara ini. "Saya minta pihak yang selalu mengatakan polis tidak membuat kerja dan tidak menangani keganasan menyokong draf undang-undang baru yang akan dibentangkan oleh Kementerian Dalam Ne-geri (KDN). Kemuka cadangan

"Jangan hanya suka membangkang kerana usaha ini adalah demi kesejahteraan awam. Saya amat berharap mereka akan memberi sokongan " katanya selepas merasmikan Program Kemasyarakatan di Flat Desa Mentari, di sini semalam.

SUMBER : BERITA HARIAN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS