Menu

24 Individu Ditahan Ketika Leka Bermain Judi


24 lelaki termasuk lima warga asing ditahan dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ketika leka bermain judi dan menyabung ayam petang tadi.

Beberapa peralatan perjudian dirampas antaranya bola golek, peralatan sabung ayam dan wang tunai berjumlah RM39 ribu.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan dan lima daripada mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Binatang1953, Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.




Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS