| Sepasukan
polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bersama Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik telah memberkas sembilan lelaki cina kelmarin
dipercayai terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen.
Suspek-suspek
terbabit yang datang dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Negeri
Sembilan beroperasi secara persendirian. Dua daripada mereka yang
ditahan didapati positif 'meth' selepas ujian saringan awal dijalankan.
Sejumlah 378 keping 'call card', 15 unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM12,561 turut dirampas.
Menurut
Superintendan Azizan Md Isa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
IPK Pahang modus operandi kes, suspek mengedarkan 'call card' kepada
orang ramai yang lalu lalang di kawasan Genting Highlands untuk
menawarkan perkhidmatan pinjaman wang, gadaian barangan dan wanita.
Kes
akan disiasat di bawah Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang Pindaan
2010 jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun
atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-dua sekali.
Superintendan
Azizan Md Isa menasihatkan orang ramai supaya tidak meminjam daripada
Ah Long bagi mengelakkan perkara tidak dingini berlaku. Beliau turut
memaklumkan kes melibatkan Ah Long di negeri ini adalah tidak serius dan
masih terkawal.    Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang |