Hulu
Terengganu, 11 Nov - Biarpun pernah dipenjara kerana mencederakan bapa
sendiri dengan pedang samurai tahun lepas, hukuman itu tidak sedikit pun
menginsafkan seorang lelaki di sini apabila dia sekali lagi mengulangi
perbuatan sama.
Lelaki
berusia 24 tahun yang pernah dipenjara selama lapan bulan itu sekali
lagi mengancam keselamatan ibu bapanya yang enggan memberikan wang yang
dimintanya Sabtu lepas.
Ketua
Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Ismail Muslim berkata bekas banduan
itu mengamuk dan hampir menikam ibunya dengan pisau apabila
permintaannya tidak dipenuhi.
Bapa lelaki itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu semalam.
"Lelaki itu ditahan di rumahnya kira-kira pukul 9 pagi ini," katanya kepada pemberita di IPD Hulu Terengganu hari ini. Sumber : BERNAMA |