| Padang
Besar - Misteri bunyi bising tembakan di pintu sempadan
Malaysia-Thailand, di sini terjawab selepas Pasukan Gerakan Am (PGA)
mengesan aktiviti pemburuan haram di kawasan berkenaan, Selasa lalu.
Dalam
kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, dua pemburu warga asing itu berjaya
melarikan diri dan meninggalkan senjata api jenis sniper lengkap
teropong skup serta beberapa peralatan lain bagi tujuan memburu secara
haram di negara ini.
"Selepas
pemeriksaan dilakukan di kawasan yang diduduki suspek, kami menemui
selaras senapang jenis raifal Cz 452-2E ZKM buatan Republik Czech serta
satu teropong skup.
"Selain
itu, kami turut menemui satu kelopak dan dua butir peluru hidup jenis
.22 serta dua beg galas hijau mengandungi buaian tidur berceloreng,"
kata Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron di sini kelmarin.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.  Sumber : Keratan Akhbar Harian metro |