Menu

PPM Tahan Enam Individu Tiada Dokumen Perjalanan

Kota Tinggi, 1 Feb – Tiga lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga negara asing yang cuba memasuki negara ini secara haram berjaya dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam tugas Op Landai di Ladang Kurnia, Sg Rengit tengah malam tadi.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kesemuanya adalah warga negara Indonesia yang gagal mengemukakan sebarang dokumen semasa pemeriksaan dan tinggal lebih tempoh.

Timbalan Komander PPM W2 Superintenden Kalai Chevan Nadarajah berkata, pemandu kereta jenis MPV juga seorang warga Indonesia yang disyaki ejen penyeludupan turut ditahan bersama kereta Proton Exora dan wang tunai sebanyak RM11,000 turut dirampas.

Kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sg Rengit untuk siasatan. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia & Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.


Sumber : Pasukan Polis Marin Kota Tinggi Johor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS