| Kuala
Lumpur, 4 Feb - Polis menahan tiga lagi lelaki dipercayai mempunyai
kaitan dengan kejadian rompak dan bakar van milik syarikat keselamatan
membabitkan kerugian RM3.36 juta di Ijok, Kuala Selangor pada 28 Januari
lepas.
Polis
turut menemui semula wang tunai bernilai RM118,000 daripada suspek
berkenaan, yang dipercayai sebahagian daripada hasil rompakan.
Timbalan
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata tangkapan terbaru
itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini kepada enam orang termasuk
tiga pengawal keselamatan yang ditahan pada hari sama semasa kejadian
bagi membantu siasatan.
"Tangkapan
terbaru ini iaitu tiga lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an ini
masing-masing diberkas di Meru, Sekinchan dan Shah Alam.
"Hasil
siasatan awal ke atas ketiga-tiga lelaki yang mempunyai rekod jenayah
lampau itu, menunjukkan hasil positif dan yakin kes ini dapat
diselesaikan cepat dan kita juga sedang menjejak saki baki kumpulan
ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dalam
perkembangan lain, polis akan merakamkan esok keterangan bapa yang
telah mengelar hingga mati anak perempuannya berusia tujuh tahun.
Dalam
kejadian pada 30 Jan lepas, lelaki itu turut mencederakan dua lagi anak
perempuannya berusia 10 dan 12 tahun di rumah mereka di Seksyen 4
Bandar Baru Bangi.
Sumber : BERNAMA |