| Johor
Bahru, 4 Feb - Sebanyak 236 tangkapan telah dibuat oleh Unit Rondaan
Bermotosikal (URB) selain melakukan 608 rampasan bagi pelbagai jenis
kesalahan jenayah di Johor dalam tempoh 19 Dis 2012 dan 31 Jan tahun
ini.
Ketua
Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kejayaan ini adalah
hasil pelaburan kerajaan membangunkan infrastruktur keselamatan.
Katanya
ini juga merupakan inisiatif yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak bagi memerangi jenayah dan memberi keyakinan kepada
masyarakat untuk menghilangkan kebimbangan takut kepada jenayah.
"Termasuk
hari ini, Polis Johor telah dibekalkan dengan 270 motosikal yang
membuat rondaan 24 jam di 10 daerah (13 taman perumahan). Siang dan
malam mereka membuat rondaan untuk menentukan kawasan yang dironda itu
bebas jenayah.
"Ini
sekaligus memberikan keyakinan kepada masyarakat serta menyampaikan
mesej yang jelas, tepat dan padat kepada penjenayah bahawa polis ada,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu,
Mokhtar menyampaikan 51 buah motosikal bagi URB tiga buah daerah di
Wilayah Iskandar iaitu IPD Johor Baharu Selatan (17 buah), IPD Seri Alam
(17 buah) dan IPD Nusajaya (17 buah).
Sebanyak
RM1.3 juta dibelanjakan kerajaan bagi menyediakan motosikal beserta
peralatan tambahan seperti topi keledar dan sarung, kata beliau.
Di
bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 2.0, polis Johor
diperuntukkan motosikal jenis Kawasaki Ninja 250cc untuk kegunaan URB.
Bagi
taman-taman perumahan yang tidak mempunyai URB, Mokhtar mencadangkan
mereka meneruskan Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebagai langkah
berjaga-jaga.
Meskipun
polis Johor tidak dapat memenuhi permintaan banyak taman perumahan bagi
mewujudkan URB, dengan adanya SRS, hasil kerjasama rukun tetangga dan
penduduk setempat, ia turut dapat menghalang aktiviti jenayah, kata
Mokhtar. Sumber : BERNAMA |