| Tugas
membanteras jenayah merentasi sempadan digalas Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil (JSJK) akan diperhebatkan bagi membendung pola jenayah itu
yang dilihat semakin meningkat.
Menjadikan
negara ini sebagai 'lubuk emas; jenayah siber yang biasanya didalangi
warga asing ini semakin menjadi-jadi akibat kurangnya kesedaran
masyarakat.
Malaysia
tersenarai antara 10 negara yang paling berisiko terdedah ancaman
jenayah siber awal tahun lalu, menerusi kajian sebuah firma pemaju
keselamatan teknologi maklumat, Sopohos, mencatatkan peningkatan dari
segi jumlah kerugian mencecah berbilion ringgit akibat jenayah siber dan
kolar putih.
Pengarah
JSJK Bukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan Datuk Syed Ismail Syed Azizan,
berkata jenayah siber semakin meningkat selari dengan perkembangan
teknologi, selain dilakukan dengan terancang.
"Jenayah
siber dan komersial adalah jenayah yang rumit serta sukar dikesan.
Modus operandi juga berbeza dari kes jenayah lain kerana pelakunya bukan
calang-calang dan biasanya dalam kalangan mereka yang mempunyai ilmu
dan kepakaran tinggi" katanya pada wawancara khas sempena persaraan
beliau di Bukit Perdana, baru-baru ini.
Syed
Ismail, 60, yang mula memegang jawatan sebagai Pengarah JSJK Bukit Aman
pada 20 Oktober 2010, menganggap tugas menyiasat kes membabitkan
jenayah siber dan komersial perlu dilakukan oleh pegawai kanan dan
pegawai penyiasat yang turut mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi
dalam bidang teknologi maklumat.       Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian, Sinar Harian, The Star, The Sun, China Press, Sin Chew Daily, Kwong Wah Yit Poh |