| Kuala
Lipis - Tempoh lima hari tinggal di dalam 'neraka buatan suami’ cukup
menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu
sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga
RM120 setiap seorang. Dalam
kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa
suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini,
sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun
yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa. Difahamkan
mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi
menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk
membeli syabu. Ketua
Polis Daerah Kuala Lipis Supt. Abdul Razak Hassan berkata selama lima
hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima
lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran. Mangsa
bagaimanapun berjaya menghubungi Balai Polis Kuala Lipis untuk meminta
bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang
kelmarin. Abdul
Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis
daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala
Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah
rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin. Menurutnya,
mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk
mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun
kini dijaga ibu mentuanya. Abdul
Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu
dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya.  Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro |