Menu

114 Pengikut Syiah Ditahan


Selama - Seramai 114 individu dipercayai pengikut Syiah termasuk pemimpin ajaran itu ditahan dalam satu operasi bersepadu melibatkan polis dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di pinggir hutan bersempadan Gerik-Selama malam kelmarin.

Serbuan yang bermula sekitar pukul 9.45 malam itu mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum kesemua mereka termasuk lapan warga asing yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Selama menggunakan beberapa trak polis. Semua akan didakwa di bawah Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 kerana disyaki melanggar fatwa berkaitan pengharaman Syiah yang telah difatwakan.


Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS