Seramai 14 penjaga premis dan 74
kaki judi ditahan polis dalam Ops Dadu terhadap sembilan premis
perjudian Internet sekitar Semabok dan Tengkera di sini, semalam.
Dalam
operasi Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap
(D7) Bukit Aman bersama Polis Melaka selama 13 jam berakhir 7 pagi
semalam itu, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun.
Ketua
Unit Pencegahan Perjudian D7 Bukit Aman, Deputi Superintendan Tan Tin
Heng, yang mengetuai operasi itu, berkata pihaknya merampas 232 set
komputer dan wang tunai RM5,226.
"Semua premis dipercayai
menjalankan operasi sejak empat bulan lalu kerana kebiasaannya mereka
berpindah mengikut kesesuaian lokasi. Pemeriksaan juga mendapati semua
premis terbabit tidak berlesen," katanya. Tin Heng berkata, operasi
berkenaan akan dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras
kegiatan perjudian Internet di Melaka.
Sumber: Berita Harian 
Sumber: Berita Harian
|