| Kuala
Lumpur, 17 Mac - Polis Kuala Lumpur menahan 15 individu menerusi Ops
Cantas Khas sepanjang tempoh 24 jam lepas kerana disyaki terbabit dalam
pelbagai kegiatan jenayah. Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu kenyataan
berkata mereka ditahan kerana dipercayai melakukan samun berkawan, curi
kenderaan, memiliki senjata berbahaya, ugutan jenayah dan lari dari
pengawasan pusat pemulihan dadah. Katanya mereka antara 593 individu yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara sepanjang tempoh itu. Sepanjang tempoh itu juga polis memeriksa 181 kenderaan, katanya.   Sumber : BERNAMA |