| Sitiawan,
28 Feb - Rokok putih dan minuman keras seludup bernilai RM8951 dirampas
oleh Pasukan Polis Marin Kg. Acheh hasil intipan yang dijalankan oleh
Unit Risikan, sebuah premis di Bagan Panchor, Perak tengah hari tadi. Pegawai
Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Acheh DSP Shaari Arifin berkata
"hasil daripada pemeriksaan premis terbabit sejumlah 22 karton rokok
putih bersama 415 botol arak serta 552 tin bir pelbagai jenama telah
dirampas. "Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dipercayai pemilik premis terbabit." Shaari
menegaskan juga "Unit Risikan PPM Kg. Acheh akan terus digerakkan dari
semasa ke semasa bagi mengesan aktiviti-aktiviti yang menyalahi
undang-undang bukan sahaja penyeludupan malah melibatkan perlakuan
jenayah khususnya dikawasan persisiran pantai Negeri Perak." Kesemua barang rampasan dan suspek telah dibawa balik ke Markas PPM Kg. Acheh untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan siasatan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat PPM Kg. Acheh. 
Sumber : Pasukan Polis Marin Perak |