Menu

Bom Ikan: Seribu Kilo Ikan Dirampas Polis Marin

Kota Belud, 22 Mac - Pelbagai usaha dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dalam membendung aktiviti pengeboman ikan laut di perairan negara yang kebelakangan ini amat membimbangkan.

Baru-baru ini sepasukan PPM dari Wilayah Empat, Sabah yang diketuai Inspektor Aziz Abu Hahim telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Pulau Mantanani dalam Operasi Cantas Khas Laut Perairan.

Pemeriksaan lanjut telah menjumpai tong berisi ikan putih lebih kurang 1000 kilogram yang disyaki di tangkap menggunakan bahan letupan namun tiada sebarang penahanan dilakukan.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata ikan -ikan yang dirampas dipercayai telah dua hari ditangkap namun tidak dapat dipasarkan kerana operasi yang berterusan dijalankan oleh pihak polis di laluan penduduk Pulau Mantanani ke Tanah besar dan dianggarkan bernilai RM10,000.

Kesemua ikan yang dirampas diserahkan ke Jabatan Perikanan dan disiasat di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta perikanan 1985.

PPM memberi amaran kepada kumpulan atau individu yg menjalankan aktiviti pengeboman ikan agar memberhentikan kegiatan mereka dan sekiranya ditahan dan disabitkan kesalahan boleh didenda RM50,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber : Pasukan Polis Marin Sabah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS