Seri Kembangan - Seorang murid
darjah enam antara lima yang ditahan bersama sembilan motosikal curi di
sebuah pangsapuri di Taman Pinggiran Putra, di sini, kelmarin.
Empat
lagi rakannya termasuk seorang warga Myanmar dan seorang warga
Indonesia berusia 16 dan 14 tahun turut diberkas empat hari selepas
tangkapan pertama dilakukan.
Ketua
Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata,
sepasukan anggota polis yang melaksanakan Ops Lejang terserempak dua
remaja lelaki leka meleraikan komponen motosikal di tingkat bawah sebuah
pangsapuri, petang Khamis lalu. 
Sumber: Akhbar Sinar Harian |