Menu

‘Burger Dadah’

Seorang wanita pertengahan umur ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh apabila menjadikan gerai burger miliknya operasi menjual dadah jenis heroin sejak beberapa bulan lalu.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui dadah heroin seberat 7.2 gram disembunyikan suspek dan mendakwa memperoleh bekalan dadah daripada anak perempuannya sendiri.

Wanita tersebut kini ditahan reman dan disiasat dibawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.




Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS