| Sepasukan
Cawangan Tugas Am (GD) Balai Polis Teluk Panglima Garang berjaya
mematahkan cubaan dua lelaki menyeludup minyak diesel subsidi kerajaan
diprcayai untuk dijual kepada pihak ketiga, apabila ditahan ketika
sedang mengisi bahan api tersebut di Stesen Minyak Petronas, Batu 7,
Sijangkang awal pagi semalam. Hasil
pemeriksaan mendapati enam tong plastik dengan isi padu lebih kurang
675 liter mengandungi cecair disyaki minyak diesel yang dianggarkan
bernilai RM1,350 bagi keenam-enam tong dalam dua lori berkenaan. Suspek dibawa ke IPD Kuala Langat tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.  Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor |