Menu

Cubaan Seleweng Minyak Bersubsidi Tidak Tercapai

Manjung, 7 Feb - Hasrat seorang lelaki untuk mengaut keuntungan daripada minyak diesel bersubsidi tidak tercapai apabila telah ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh di kawasan Pelabuhan Lumut dekat sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Acheh, DSP Shaari bin Arifin berkata semasa menjalankan Op Landai, pasukannya telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan di kawasan pelabuhan berkenaan.

"Setelah diperiksa pasukan kami menjumpai dua tong yang mengandungi 430 liter minyak diesel di bahagian belakang kenderaan tersebut," katanya.

"Kami percaya minyak tersebut merupakan minyak subsidi nelayan yang diseleweng dengan cara menjualkanya kepada orang lain demi mengaut keuntungan," ujarnya lagi.

"Kami telah menahan pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang lelaki warga tempatan dan turut merampas kenderaan itu," tegas beliau.

Nilai kesemua rampasan termasuk kenderaan pacuan empat roda dianggarkan kira-kira RM 81,581.

Kes akan disiasat oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Manjung di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.


Sumber : Pasukan Polis Marin Kampung Acheh Perak

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS