| Pelabuhan
Klang, 21 Feb - Pasukan Polis Marin sekali lagi berjaya menyekat
kemasukan barangan kosmetik tidak berdaftar ke negara ini pagi tadi. Dalam
kejadian yang berlaku, pada jam 10.30 pagi, semasa anggota polis sedang
melakukan rondaan telah terserempak dengan sebuah bot barter trade di
perairan laut Bagan Hailam dalam perjalanan memasuki pelabuhan Port
Klang. Hasil
pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut telah menemui sebanyak 1,290
barangan kosmetik pelbagai jenama dipercayai tidak berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan dan cuba diseludup masuk ke negara ini. Pegawai
Pemerintah Markas Operasi Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Ismail berkata
ia merupakan rampasan kali ke empat dilakukan oleh pihaknya yang
melibatkan jenis bot barter bernama KM Camar dalam tempoh enam bulan. "Kita
percaya ia melibatkan kumpulan yang sama dan pihak kami akan sentiasa
memantau bot tersebut yang keluar masuk ke negara ini,"katanya lagi. Bot
tersebut telah dibawa masuk ke jeti Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang
untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan
Dadah serta Kosmetik 1984 iaitu melanggar peraturan 18 (A).  Sumber : Pasukan Polis Marin Klang |