TUMPAT
- Pasukan Polis Marin (PPM)Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya
mematahkan cubaan seorang lelaki untuk seludup masuk sangkar burung dan
aksesorinya dari Thailand di Kampung Simpangan, kelmarin.
Pemangku
Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Inspektor Mohd
Hamdan Mustafa berkata pihaknya merampas 110 buah pelbagai jenis sangkar
burung dalam sebuah lori malah turut menahan pemilik lori.
Nilai
keseluruhan termasuk lori yang dirampas dianggarkan berjumlah RM 25,000
dan suspek ditahan di bawaj Akta Kastam kerana melarikan barangan
daripada membayar cukai.  Sumber : Pasukan Polis Marin Kelantan |