DADAH: PISTOL ANTARA YANG DIRAMPAS
Kuala Lumpur, 1 Mac – Sepucuk pistol
model P99 Walther antara yang dirampas dalam satu serbuan sindiket
dadah di sebuah rumah di Batu Caves , Selangor oleh sepasukan polis dari
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Gombak pada 18
Mac lalu.
Pihak
polis juga turut menahan empat lelaki serta merampas satu kelopak
bersama dua butir peluru dan dadah disyaki syabu seberat 107 gram yang
dijumpai di atas lantai rumah tersebut.
Semakan
juga mendapati dua daripada empat suspek yang ditahan mempunyai rekod
jenayah lampau dan nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM16,050.
Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
|