Menu

Dadah: Warga Asing Dicekup Di LCCT

Kuala Lumpur, 4 April – Seorang warga asing yang baru tiba di negara ini telah ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) setelah pihak polis menjumpai 2.4 kilogram syabu dalam beg yang dibawanya pada 27 Mac yang lalu.

Tindakan menahan suspek dilakukan setelah pihak polis mendapati suspek berada dalam keadaan yang mencurigakan seterusnya dibawa ke Balai Polis LCCT untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaan, pihak polis telah menjumpai satu bungkusan plastik yang mengandungi 2.4 kilogram syabu yang disembunyikan dalam lapisan beg milik suspek yang diubahsuai.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM360,000 dan suspek yang berusia 35 tahun itu kini ditahan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS