Menu

Datuk Ditahan Miliki Dadah

Seorang pekerja kilang berusia 59 Lahun yang mempunyai cucu ditahan kerana memiliki dadah bernilai RM127,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sakeh Jaya di sini, Selasa lalu.

Serbuan dilakukan pukul 11.30 malam berjaya merampas dadah jenis ketamin seberat 509 gram yang dijumpai dalam botol serta paket plastik dan masih belum dibungkus dalam paket kecil.

Suspek mengaku terbabit dengan kegiatan itu sejak enam bulan lalu yang menjadi pekerjaan sampingannya untuk menambah pendapatan keluarga dan memberitahu bahan larangan tersebut boleh menampung keperluan kepada 2,500 penagih di sekitar Muar dan kawasan sekitar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.



Sumber: Kosmo
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS